5 Tips Menaikkan Semangat Bila Rasa Down Dalam Hidup Atau Bisnes

Post 26 of 224

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Hari ni kan sya nak share 5 tips menaikkan semangat bila rasa down dalam hidup atau bisnes.

Setiap orang mesti ada turun naik atau rasa down dalam hidup atau bisnes.

Pernah tak korang rasa sedih ke, putus asa atau rasa tak nak buat dah bisnes dah. Rasa penat, lelah semua ada.

Ada orang bila terlalu down atau stress diorang menyendiri atau depress. Ada yang jadi gila, paling teruk ada yang berfikir untuk membunuh diri.

Nauzubillahhiminzalik, semoga kita semua dijauhkan dari pemikiran begini. Bukan sahaja boleh memudaratkan kita malah mengecewakan orang sekeliling yang sayang pada kita.

Ini antara 5 tips menaikkan semangat bila rasa down dalam hidup atau bisnes. Ini antara benda yang saya selalu buat untuk menaikkan semangat bila saya rasa down.

  1. Tips pertama yang saya selalu buat bila sampai ke tahap yang tak terkawal, saya akan buat solat sunat. Buat sampai rasa puas atau sampai hilang rasa beban di hati tu.
  2. Tips kedua yang saya buat ialah berdoa bersungguh-sungguh minta pada Allah agar beban di hati dan fikiran tu berkurang dan kita rasa lebih tenang.
  3. Tips ketiga, banyakkan berzikir seperti istighfar, selawat. Buatlah sebanyak yang boleh. Kalau boleh buat sehingga rasa tenang atau rasa beban berkurangan.
  4. Tips keempat, baca Al-Quran walaupun sehelai. Kalau boleh bacalah dengan maknanya sekali. Selain dari dapat pahala korang akan rasa lebih tenteram..
  5. Tips terakhir, kalau dah buat tips kat atas tu masih rasa down stress semua. Barulah kita guna tips ni, carilah sahabat yang kita percaya untuk simpan rahsia yang kita kongsi dengan dia.

Ini antara tips yang saya dapat dari mak saya sendiri dan dari my mami Shaklee. Jangan sesekali mengalah atau berputus asa. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah atau kemanisan dikemudian hari. Percaya pada Allah dan tawakal padaNya. InsyaAllah kita takkan rasa down.

Ingat Allah sentiasa ada untuk kita. Jadi mengadulah pada Allah.

Pengedar Shaklee Putrajaya

016.225.4805

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU