5 punca gastrik teruk. Apakah yang menjadi punca gastrik teruk? Diantara punca-punca yang menyebabkan gastrik teruk ialah:

  1. Pengambilan ubat-ubat tertentu secara berlebihan contohnya ubat tahan sakit seperti aspirin, ponstan;
  2. Waktu pemakanan yang tidak teratur seperti suka melewatkan waktu makan atau skip waktu makan;
  3. Makan secara berlebihan di dalam satu-satu masa.Selalunya akan berlaku apabila kita skip waktu makan kita. Perut lapar jadi kita sumbat selagi boleh;
  4. Suka mengambil makanan yang pedas, berlemak dan yang bergas secara berlebihan atau secara tidak terkawal;
  5. Perokok atau perokok pasif;
  6. Pengambilan alkohol;
  7. Mengalami tekanan; dan
  8. Mempunyai tabiat suka lewat makan.

5 Punca Gastrik Ketika Mengandung

Wanita hamil atau mengandung selalu merasa tidak selesa akibat lebihan gas, pedih ulu hati atau gastrik ketika mengandung atau hamil kerana disebabkan oleh berlakunya peningkatan hormon progesteron pada tubuh wanita yang mengandung atau hamil.

Kadar hormon progesteron yang meningkat ketika hamil melonggarkan otot-otot lembut di dalam perut atau rahim untuk lebih relaks. Selain itu, hormon ini dipercayai melonggarkan injap atau bahasa mudahnya penutup yang mengasingkan esofagus daripada perut. Keadaan inin yang menyebabkan asid gastrik melonjak naik dan seterusnya menyebabkan rasa terbakar atau pedih ulu hati.

Akibatnya asid gastrik naik ke bahagian esofagus dan menyebabkan wanita hamil atau mengandung sesekali terasa hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit serta kadang kala rasa terbakar.

Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi perlahan. Seterusnya hal ini menyebabkan sistem pencernaan bagi wanita mengandung atau hamil menjadi lebih perlahan dan lambat dari keadaan biasa.

Sekaligus menyebabkan lebihan gas berkumpul dan mengakibatkan sendawa, kembung serta kerap kentut.

Di penghujung kehamilan, apabila bayi semakin membesar dan menolak usus dan perut ibu ke atas menyebabkan proses pembuangan juga menjadi lambat dan memaksa asid yang berasa di dalam perut untuk naik ke dalam esofagus.

Cara Mengatasi Gastrik Teruk

Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi gastrik yang teruk. Antaranya ialah:

  1. Berhenti mengambil ubat-ubat tertentu secara berlebihan contohnya ubat tahan sakit seperti aspirin, ponstan;
  2. Jaga waktu makan supaya lebih teratur, elakkan suka melewatkan waktu makan atau skip waktu makan;
  3. Elakkan makan secara berlebihan di dalam satu-satu masa;
  4. Elakkan pengambilan makanan yang pedas, berlemak dan yang bergas secara berlebihan atau secara tidak terkawal;
  5. Berhenti merokok;
  6. Berhenti mengambil alkohol;
  7. Tangani tekanan dengan bijak; dan
  8. Elakkan tabiat suka makan di lewat malam.

Boleh klik pada link ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Produk Gastrik Shaklee dan Definisi Apa Itu Gastrik Dan RIsikonya.

Pos ke seluruh Malaysia 🇲🇾

Boleh COD ke sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.

#superstarzfamily

#shakleeputrajaya

#pengedarshakleeputrajaya

 

Pengedar Shaklee Putrajaya/ Cyberjaya

http://saya.nak.la/0162254805/Pengedar%20Shaklee%20Putrajaya

 

Gambar : Sumber google.com