Apa itu gastrik dan bagaimana cara menghilangkan gastrik dengan cepat? Gastrik atau gastritis berlaku akibat keradangan pada lapisan dinding perut yang mengakibatkan kesakitan atau pedih pada bahagian perut atau hulu hati.

Gastrik boleh berlaku apabila berlaku keradangan di lapisan permukaan perut. Gastrik juga boleh disebabkan oleh alahan, merokok, jangkitan kuman seperti Helicobacter Pylori atau ubat-ubatan (contohnya aspirin, ubat tahan sakit atau ubatan tradisional yang mengandungi steroid).

8 Tanda-tanda Gastrik.

Bagaimana kita nak tahu yang kita sedang mengalami gastrik. Antara tanda-tanda gastrik ialah :

  1. Kerap sendawa;
  2. Perut tidak selesa, sebu atau kembung;
  3. Rasa sakit atau pedih di bahagian ulu hati;
  4. Kerap kentut selepas makan;
  5. Pening kepala atau pitam
  6. Rasa loya dan muntah-muntah; dan
  7. Najis berwarna hitam atau muntah darah.

8 Penyebab Atau Punca Gastrik.

Ada beberapa faktor atau punca yang menyebabkan gastrik menyerang . Antaranya punca gastrik ialah:

  1. Waktu makan yang tidak teratur;
  2. Makan secara berlebihan di dalam satu masa;
  3. Pengambilan makanan berlemak, pedas dan bergas secara tidak terkawal;
  4. Perokok atau perokok pasif;
  5. Pengambilan alkohol;
  6. Pengambilan ubat tahan sakit contohnya aspirin;
  7. Tekanan; dan
  8. Tabiat suka lewat makan.

Lebih 5 Cara Mengurangkan atau Mengelakkan Serangan Gastrik.

Cara mengurangkan serangan gastrik ialah dengan mengawal beberapa perkara atau punca gastrik. Antaranya ialah:

  • Elakkan dari makan makanan yang pedas
  • Elakkan dari makan makanan di dalam tin
  • Elakkan dari makan makanan yang masam
  • Elakkan dari makan makanan yang berasid tinggi seperti oren.
  • Elakkan dari minum minuman tinggi kafein seperti teh dan kopi
  • Elakkan dari minum minuman bergas
  • Elakkan dari tidur selepas makan
  • Elakkan dari berbaring atau bersandar selepas makan
  • Elakkan dari aktiviti merokok

5 Cara Menghilangkan Gastrik Dengan Cepat.

Gastrik akan menyerang apabila perut terlalu berasid. Untuk meneutralkannya, kita perlu mencari makanan atau minuman yang bersifat alkali. Ada 5 cara menghilangkan atau mengurangkan gastrik dengan cepat. Antara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau menghilangkan gastrik ialah:

  • Teh Charmomile

Teh charmomile ini bersifat anti inflamatori. Ia membantu mengurangkan kesakitan pada perut. Ianya bertindak dalam merehatkan otot-otot di sekitar perut dan saluran makanan, sekaligus mengurangkan sakit perut, gastrik dan melegakan sakit perut dan pedih ulu hati.

  • Halia

Halia mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan teh chamomile iaitu sebagai anti-inflamation. Halia membantu mengurangkan keasidan di dalam perut serta membantu merehatkan otot-otot di sekitar perut dan juga di saluran makanan serta mengeluarkan angin.

  • Pisang

Kandungan potassium dan PH yang tinggi di dalam pisang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus berperanan melindungi dinding di dalam perut serta mengurangkan kerosakan didalam perut disebabkan oleh asid gastrik.

  • Cuka Epal

Cuka epal membantu mengurangkan kesakitan di dalam perut akibat kekejangan pada otot di bahagian perut.

  • Susu

Susu mengandungi kalsium yang tinggi. Kalsium bertindak mengelakkan penyerapan lebihan asid yang berlebihan dan pembinaan asid. Susu membantu menghilangkan rasa sakit perut manakala susu yang disejukkan membantu melegakan rasa perit gastrik.

Set Gastrik Premium Shaklee Terbaik

Set gastrik premium shaklee ini memang terbaik kerana ia bukan sahaja membantu mengurangkan serangan gastrik malah membantu mengurangkan tahap keasidan di dalam badan. Selain itu, set gastrik premium shaklee ini membantu mengurangkan keradangan pada perut akibat gastrik. Malah ia melindungi lapisan di dalam perut daripada terhakis oleh asid gastrik.

Di dalam set gastrik premium shaklee terdapat beberapa produk yang dicadangkan iaitu:

Testimoni Set Gastrik Premium Shaklee

Customer saya ni mengalami beberapa isu yang menyebabkan beliau sering kembung perut dan rasa tidak selesa di bahagian perut. Adakala sakit perut yang teramat sangat.

Alhamdulillah, selepas pengambilan selama 2 minggu beliau mula merasai perubahan.

Pos seluruh πŸ‡²πŸ‡Ύ

COD Putrajaya / Cyberjaya

Syasya Saadon

Klik sini untuk menghubungi saya http://www.wasap.my/60162254805

.

#superstarzfamily

#shakleeputrajaya

#pengedarshakleeputrajaya