22 Ogos 2014 merupakan hari di mana semua rakyat Malaysia berkabung bagi menghormati mangsa tragedi MH 17. Seramai 20 jasad telah selamat sampai ke tanah air bagi perjalanan yang seterusnya….iaitu perjalanan terakhir menuju ke alam yang kekal dan abadi.

Tiada perkataan yang dapat dizahirkan. Sedih bila mengenangkan mangsa yang tidak berdosa menjadi korban. Namun apakan daya semua ini ketentuan dari Allah. Siapa kita untuk menolak takdir dari Allahkan.

Semoga semua ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai para penumpang dan anak kapal yang terkorban, dikurniakan Allah ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang pada saya sangat hebat. Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya.

Saya juga yakin ada hikmah atau kemanisan disebalik apa yang terjadi. Samada untuk ahli keluarga yang terlibat mahupun kepada negara kita Malaysia.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada semua mangsa yang terkorban dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Salam takziah dan Al-Fatihah buat semua ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai para penumpang dan anak kapal.

Al-FATIHAH…..

th