Assalamualaikum….

Apa khabar korang? sihat?

Hari ni saya terbaca dalam group whatapp pasal tikar beracun?

Berderau darah bila baca…. ehh!!! ye ke ni…. betul ke ni…. punyalah terkejut…sebab dulu saya ada sekeping tikar macam tu gambar boboiboy….

Tapi, pakai kejap je….sebab anak-anak buat pertandingan siapa dapat koyak paling besar….hilang habis gambar boboiboy tu…

Jadi, saya simpan tak pakai….

Bila baca ulasan akhbar yang menyeru supaya kita berhati-hati dengan tikar beracun ni…

Masa tu dalam kepala dah fikir macam-macam, ahh sudah….padahal baca headline je… panik macam apa je kan… Nilah penangan bila viral ye tak…

Tikar beracun atau tikar murah yang ada banyak dijual dipasaran dikatakan mengandunhi bahan kimia iaitu Bispherol A (BPA) dan Phtalates.

Bahan-bahan ni iaitu Bispherol A (BPA) dan Phtalates dikaitkan dengan penyebab kanser dan penyakit kegemukan serta kencing manis di kalangan kanak-kanak.

Ya Allah, mohon dijauhkan dari anak-anak kita…

Menurut akhbar, terdapat beberapa buah negara yang telah pun menguatkuasakan larangan penggunaan pembungkusan makanan seperti bekas makanan, bekas air dan botol susu yang mengandungi BPA atau Phtalates.

Malah pada tahun 2012, negara kita juga pernah membuat larangan yang sama. Namun tidak ada larangan untuk penjualan tikar atau peralatan rumah yang lain. Mungkin pada waktu itu, tiada lagi pembuatan tikar plastik.

Menurut kajian sains perubatan pula, belum terbukti secara sahih kedua-dua bahan tersebut boleh mengakibatkan kegemukan dan kencing manis atau kanser.

Saya ada sertakan keratan akhbar tersebut….korang boleh baca pasal benda ni…korang nilai sendiri….korang buatlah keputusan yang terbaik untuk keluarga korang.

Sebab saya memang tak pakai dah tikar ni, first sebab dah tak cantik. Anak saya dah koyak dah jadi macam apa dah. Bertapuk-tapuk, ada yang putih ada yang ada gambar boboiboy.

Kedua, bila ada tikar ni anak saya buat macam pertandingan koyak plastik pula. Siapa yang dapat koyakkan plastik tu paling besar dia hebat. Boleh gitu…geram sebab bila dah koyak biar je bertabur. Sabarlah wahai ibu….

Ketiga, saya pun tak tau kenapa saya simpan tikar tu….hihihi….jangan marah ye…karang kena jual…..

 

Pengedar Shaklee Putrajaya

016-2254805