13 Langkah Persediaan Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif.

Post 198 of 224

13 Langkah Persediaan Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif. Persediaan penting untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif memerlukan sebanyak mungkin pengetahuan yang dikumpul semasa mengandung lagi. Jadi menghadiri Kelas Persediaan Penyusuan adalah kunci kejayaan. Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu bagi menjayakan penyusuan susu ibu.

  1. Menghadiri Kelas Persediaan Penyusuan atau Kelas Antenatal yang meliputi topik penyusuan secara meluas atau keseluruhan.
  2. Memulakan penyusuan secepat mungkin selepas kelahiran bayi, sebaik-baiknya dalam masa satu jam yang pertama. Ini kerana bahan yang dikeluarkan dari payudara ibu semasa beberapa hari pertama selepas bersalin iaitu sejenis cecair yang dinamakan kolostrum ini kaya dengan protein dan dapat membantu menghalang jangkitan.
  3. Mencuba pelbagai posisi yang berlainan semasa menyusukan bayi. Elakkan posisi membongkokkan bayi, sebaiknya duduk tegak dan bawa bayi ke paras payudara. Gunakan bantal sebagai penyokong. Pastikan lekapan bayi betul pada payu dara.
  4. Memastikan bayi menghisap areola payudara sepenuhnya bagi mengelakkan payudara luka atau melecet.
  5. Gilirkan payudara untuk dihisap bayi setiap kali menyusukan bayi bagi mengurangkan pembengkakan yang mungkin dialami.
  6. Dapatkan penilaian teknik penyusuan anda oleh Konsultan Laktasi yang bertauliah dalam masa 24 hingga 48 jam selepas melahirkan bayi
  7. Susukan bayi apabila bayi mula menunjukkan tanda-tanda lapar. Perhatikan tanda tersebut seperti mengangakan mulut, menyondol mulut ke arah payudara, memasukkan tangan ke dalam mulut dan menangis. Jangan menunggu sehingga bayi menangis.
  8. Susukan bayi sehingga bayi puas. Kandungan lemak dalam susu ibu meningkat semasa sesi menghisap. Biarkan bayi menghabiskan susu dan berpuas hati dengan sebelah payudara sebelum menawarkan payudara yang disebelah.
  9. Elakkan pemberian puting kosong sehingga penyusuan benar-benar telah stabil.
  10. Susukan bayi secara eksklusif pada enam bulan pertama. Penyusuan sangat ideal untuk perkembangan dan tumbesaran bayi.
  11. Jangan beri bayi baru lahir minuman tambahan iaitu air kosong, air glukos, susu formula dan sebagainya kecuali alasan perubatan yang dibenarkan oleh doktor.
  12. Mengamalkan diet yang sihat dan seimbang kerana ia memainkan peranan penting dalam menjayakan penyusuan kerana ibu yang sihat membentuk anak yang sihat.
  13. Jika anda ibu berkerjaya, pastikan anda membuat persediaan rapi untuk menyusukan bayi iaitu peralatan untuk memerah dan menyimpan susu semasa bekerja.

 

 Tips :

  • Penyusuan susu ibu adalah proses yang mesti dipelajari oleh ibu dan bayi. Ianya tidak hadir secara semulajadi.
  • Jika payudara rasa pedih atau perit, keringkan payudara di udara selepas setiap penyusuan, Sapukan sedikit susu yang telah diperah pada puting, Ia dapat membantu dalam penyembuhan dna perlindungan puting.

 

#SayaJualShaklee

#Breastfeeding

#SusuIbu

pm@whatapp : 016-2254805

susu ibu

 

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU