Bayi yang muntah selepas penyusuan, merupakan perkara yang selalu berlaku malah dianggap normal. Kebanyakkan bayi kadang kala akan termuntah sedikit selepas penyusuan.

Ini berlaku kerana sistem penghadaman bayi masih belum matang. Ini menyebabkan isi kandungan dalam perut mudah naik ke esofagus sekaligus menyebabkan bayi muntah.

Selalunya bayi muntah selepas menyusu adalah kerana bayi minum terlalu banyak atau perhatian bayi terganggu atau meragam ketika menyusu. Berikut disertakan 10 Tips Penyusuan bagi mengurangkan muntah.

  1. Susukan bayi sekerap yang boleh. Susukan bayi setiap kali bayi memberi isyarat mahu menyusu. Penyusuan yang sedikit tetapi kerap dapat melancarkan proses penghadaman.
  2. Susukan bayi dengan posisi seperti semi-upright atau duduk mahupun berbaring. Jadi, perut bayi bersentuhan dengan perut ibu.
  3. Sekiranya bayi kuat meragam, kerapkan sentuhan kulit ke kulit. Ibu-ibu juga boleh menyusukan bayi dalam keadaan bergerak seperti berjalan atau berayun.
  4. Pastikan bayi melekap dengan baik untuk mengurangkan bayi daripada menelan terlalu banyak udara.
  5. Biarkan bayi menghabiskan sesi penyusuan disebelah payudara (dengan menunggu dia menolak puting atau tertidur) sebelum menawarkannya sebelah payudara lagi. Janga sesekali mengganggu ketika dia sedang aktif menghisap. Kekerapan melakukan perbuatan ini boleh menjadi punca muntah berlebihan.
  6. Galakkan bayi menghisap payudara (bukan untuk mendapatkan nutrisi) memandangkan penghisapan seperti ini boleh mengurangkan keradangan dan meredakan pedih ulu hati.
  7. Elakkan pergerakan kasar atau pantas selepas bayi selesai menyusu. Dia akan lebih selesa jika disendawakan dengan lebih kerap.
  8. Perhatikan bayi dan ikut isyaratnya dalam menentukan apa yang terbaik untuk mengatasi simptom refluks.
  9. Kurangkan atau singkirkan kafein dalam diet harian. Kafein berlebihan akan menyebabkan refluks pada bayi.
  10. Elakkan menekan abdomen bayi. Ini akan meningkatkan refluks dan tketidakselesaan. Bayi seharusnya berpakaian longgar. Malah, lampin yang dipakainya perlu longgar.bebe-lactante